Friday, February 26, 2010

casa impian

Salam * Dalam 2-3 bulan ni akak dan abang sibuk cari rumah. Yelah nak jugak duduk rumah sendiri. Boleh hias macam2 gaya. ala eric leong gitu....
ni ada sebuah kat Permai taman baru bukak.. semalam pegi tengok showhouse....

erkh....
rasa tak nak balik...
.. best betul la .. casa idaman ku.. kalau dapat rmh mcm ni kan bgus..

harap2 dapat lah beli sebuah. Banyak jugak kena ikat nanti, tak leh la shopping mcm2. save for rainy day tak gitu.. rega rumah ni 278 k double s terrace. sapa tak nak rmh mcm ni?? ish rugi..... tak nak tu.

Sunday, February 21, 2010

refleksi diri


Resahnya menunggu yang datang tak kunjung tiba... tak pe tak sabar menunggu cuti akan datang. 3 thn menunggu akhrnya detik itu tiba juga. berdebar menunggu macam baru naik pelamin,, cewah. apa aku melalut ni.
ya lah mana tak nya... rindu nak tgk pantai macam zaman muda2 dulu.. ye la .. masa bercintan tak dan nak berdua di tepi pantai..
.... bercanda di pasiran pantai....
lagu sudirman itu terbayang2 dah dalam kepala otak.. jiwang karat he he he

kata orang tak kenal maka tak cinta.. masa bercinta dulu mana ada masa.. pjj je .
sekarang dah menjadi milik yang sah. namun masih banyak yg perlu dipelajari dalam hidup.. erti sebuah kesabaran.. erti sebuah pengorbanan... erti sebuah kesetiaan..
cuti ni aku dah buat refleksi diri...

Dalam hidup tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi.
Tak semua yang kita perolehi akan kekal.
Tak semua yang kita miliki adalah hak kita yang mutlak.
Jika kita mampu memberikan apa yang kita miliki,
maka itulah hak kita yang mutlak
.
Dalam hujan ribut yang menggila,
pasti akan hadir sinar pelangi di celah sinar mentari

Semoga kehidupan bertambah bererti selepas ini..amin

Thursday, February 18, 2010

terkenang semasa dulu

perh possing abis masa tu.. je kenangan kat pspn. ambik dr web sekolah (dgn izin ye abe die).
ari ni pusing2 cari kain langsir wat pjbt. ngan staff room.
perh sepasang tempah rm128. kalu jait sndiriRM65 jer kot?? stengh harga save. all round kain RM200. blm jahit lg. blm beli tempat sangkut nya lag. emhhh.. nipih la dompet kesatuan den. nsb baik sponser. kalu duit sndri ambik kau. dulu tak nak belajar dr sifu2 di u3 ..sapa suruh tak belajar??? skrg sndri mau ingat lah..
Bangga tul dgn lab ni..hins hins..
kat tpt br tak ada lab. sn. sbb da dtukar jd PAS. tpaksa la punggah brg2 buat eksperimen kat klas.

ni time blm ada JKC.. naik teksi g mutiara rini.. nasib ada lone n adam kalau tak x dapt tgk shuk sanding.my best friend wedding gitu... mana la si shuk skrg ni. tak jumpa pun lepas DTM USM. aku datang masa dia kawin pun dia tak perasan ;(..

Tuesday, February 16, 2010

breakaway

best betul jd housewife seminggu ni. boleh jalan2 window shopping. kepala tak serabut dgan dateline, rph, hwk projek. minggu depan kerja. nak kata best sgt tak la jugak.. anak2 tu la mengubat sepi. dengan kerenahnya dengan kecomelannya semua ada. dulu bukan main takut jd pengajar ni, ya la nak ajar anak org bkn senang... skrg seronok pulak tgk yang tak pandai jd semakin pandai.


tp hari ni nak breakaway jap.


tp sini takdak pantai. tu gbr ms pg siar beach last yr

hmm..
Next month je la pg penang n langkawi..rindu nak jalan2 kat pantai. kat miri hr2 mengadap pantai .
makan sate buntut ayam n ayam panggang rm1.50. lepak kat tembok pantai lepas jogging. tengok la tarikh tu .. dah lama x pg miri.. best !!! superb!!!

reminds me of this song


La Isla Bonita ( beautiful island)



Como podria ser verdad

Last night I dreamt of san pedro
Just like I'd never gone, I knew the song
A young girl with eyes like the desert
It all seems like yesterday, not far away

Tropical the island breeze
All of nature wild and free
This is where I long to be
La isla bonita
And when the samba played
The sun would set so high
Ring through my ears and sting my eyes
Your Spanish lullaby

I fell in love with San Pedro
Warm wind carried on the sea, he called to me
Te dijo te amo
I prayed that the days would last
They went so fast

I want to be where the sun warms the sky
When it's time for siesta you can watch them go by
Beautiful faces, no cares in this world
Where a girl loves a boy, and a boy loves a girl

Last night I dreamt of San Pedro
It all seems like yesterday, not far away

Sunday, February 14, 2010

Percy Jackson the movie

Assalammualaikum.......................
tumpang lalu ye.......................
Semalam orang raya cina tp kami berdua raya sakan.
Sebab
1. Tak kerja
2. gaji byk lg
3.tgk percy jackson and the lightning thief

yang herannya org yang raya penuh pulak kat panggung. ni raya kat rumah ke raya kat panggung??? konfiuz pulak aku..

bebalik dgn movie tu, hubby bg 3* je. aku bg 4 1/2 *... tak minat katanya. ye la dia yag beria2 ajak tgk. aku pulak yg syok. lama gak x tgh movie. masa anak dara dulu selalu la tgk ngan member. teringat masa raya kat jb . layan tgk the immpossible kartun tu.. berdua jer kat panggung. dgn adik aku la idot. tokey panggung pun layan jer kami ni he he he. tah ber ia2 tgk movie. masa kat jb dgn wen n kak min sampai midnight jgk tgk.. mana lagi tpt biasa la. Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Thursday, February 11, 2010

cuti datang lagi

esok dah mula cuti.. tapi ada kerja yang tak cuti .. mcm biasalah jd surirumah la pulak. cuti2 ni nak bawak berbasikal ... dlam rumah je. yang kayuh2 tak pernah sampai tu. boleh jugak keluarkn peluh yang degil. peluh ke lemak.. sama je maksudnya.. rabu ni nak ke kedai la
, mana tau ada less price basikal tu. he he he he

semenjak2 meningkat usia ni semakin kurang jugak bersenam.

duit oh duit

hai duit oh duit
semua orang suka. kerna duit manusia gembira. kerna duit manusia sengsara. ada duit banyak benda dapat. tiada duit banyak perkara tak dapat. kenapa ya duit menjadi keutamaan. ntah la cek pun tak tau...
hari ni dpt byk duit.. ha ha ha tp bukan aku punya. sebagai menteri merangkap kuli, cuti ni kenala cari kain. buat curtain.. ambik kau 3 angka. mana nak pilih????
org sibuk raya cina, aku sibuk menyibukkan diri.

ramai orang gila duit
kerna duit jadi penyakit
jangan jd hamba duit
nanti hidup makin tersepit
duit duit dimana kau duit
duit duit hutangku membukit
duit duit
.....
betul ka tidak lantak je lah... janji rock

Tuesday, February 9, 2010

burger

baca dialog berikut

Di suatu petang yang panas terik

EE : Wah besarnya botol air cikgu!
IP : Memangla sebab badan cikgu besar barulah sesuai.
EE : Tak baik minum banyak air cikgu. Nanti jadi gemuk.
IP : Tak lah . Kalau badan gemuk tu sebab makan banyak burger.
EE: Burger???
IP: Tanya Jeffry.(budak berbadan besar) Betul tak Jeffry?
Jeffry : Ya saya suka makan burger.
EE; Ya btul tu cikgu. kalau burger tu ada campuran bahan kimia.
IP: Macam mana awak tahu?
EE: Memanglah ada bahan kimia.
Jeffry : Habis tu burger KFC? Yah kan awak suka makan KFC?
EE : Memanglah tapi burger KFC tak ada campur bahan kimia.
Burger tepi jalan tu ada bahan kimia. Betul tak cikgu.
IP : ??? !!?? (macam mana nak jawab ni? lg terror dr profesor budak darjah 3 ni!!)

Monday, February 8, 2010

terima kasih

Terima kasih cikgu
kerana kau telah mendidikku dengan sempurna. Kini masanya aku membalas jasamu dengan menjadi sepertimu.

wah feeling betol dengan ayat2 tu. aku msh ingat lagi ms kat jb time ari guru je sedia bakul dgn beg plastik untuk bwk adiah balik. tu pun penuh boot keta dgn yg lain2 la. Biasalah yg popular tu dpt byk hadiah. .. jeling kwn2 depa punya hadiah lagilah banyak bertimbun2. Terima ksh byk2 la anak2.

Hadiah yg plg menusuk kalbu ialah masa practicum. ada budak thn 4 bagi sekotak lucky star . ambik je kesian penat2 dia buat semua tu. Rupa2nya dlm kotak tu ada surat. Bunyinya mcm ni

kepada cikgu ****
Terima kasih kerana mengajar kami sekelas selama ini.
Saya mintak maaf kerana selama ini saya tidak dengar cakap cikgu. Sekarang cikgu dah nak pergi, hati saya sangat sedih.
Tapi saya harap cikgu terima pemberian saya yang tak seberapa. Bersama ini saya sertakan RM1.80 yang saya kumpul untuk cikgu. Cikgu bellilah hadiah apa cikgu nak.
Ini saja yang saya mampu bagi.
Sekian terima kasih

Saturday, February 6, 2010

kong xi fatt choy

Kira-kira tak sampai seminggu lagi CNY. Penuh la kaum2 tan cheng lock shopping ke seluruh pelusuk bandar S. Aku pun menyibuk gak ke kedai kain .. nak cr2 kain langsir mana la tau ada discount.

Ha... dah dpt pun. Harap2 lepas cuti CNY dpt gantung kat kelas. Sepasang dgn warna JKC ku. Thn dpn recycle balik langsir tu..

sambil 2 tgh pikir nak balik kpg ke tak. nak balik ke tak. Kesian lak ngan member selalu kena tinggal. Alahai mak macam mana ni..???

last2 decide x balik jer. alang2 raye je la baik. Bukannya single lg boleh terbang kesana ke mari.

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
tinggal emak tinggal saudara
kerana kasih hamba turutkan
cewah berpantun pulak..

anak-anakku

macam2 la diaorang ni. Hari ni aku bagi pensel sebatang by yg lulus ujjian. Yg buat poster baikkk punya dpt sebungkus chipsmore. Penat aku pikirkan idea macm mana nak naikkan prestasi diaorang. Td aku buat anouncement sapa yang pass bulan dpn, dpt hadiah 10 jam surfing internet. ha ha ha amacam ??? benas tak idea kecik aku ni.... tak pasal2 yang selalu dpt markah karipap dan sikat tu angkat tgn nak hadiah.. belasah la korang. harap2 menjadi jugak idea ni. Kat luar bandar memangla x da hiburan tu jer peluang diaorang nak guna komputer. Bukan mcm kat bandar, cc ada broadband ada, streamyx ada. Yang ada kat kpg diaorang cuma sebatang sg untk mandi manda. tu pun kalau tak ujan dan tak byk kapal lalu lalang. Memang banyak beza nya kan dgn kat JB dulu

mukadimah

Salam...
Hidup ini umpama roda. Berputar tanpa hentinya. Kadang di atas, kadang di bawah. Ada suka, ada duka. Ku kongsikan cerita suka duka untuk tatapan smua.
JB. Rindu juak kat cendawan goreng dan sambal paru di JB. Masa kat sana ada byk pilihan . Sebut jer apa mcm2 ada. Yg best nya masa ke AZ perh!! sup tulang special memang wajib pegi lepas dapat gaji.
Kat sini ada jugak yg best.. pulut panggang memang hotspot smua tpt ada. Tapi terpaksalah mengasah skill jd chef kalau nak mkn sedap. Masa jamuan hr raya belasah jer masak kuah sate daging. Kalau dulu yg paling terror buat cuma ayam masak merah jer. Menjadik jugak kuah sate aku alhamdullilah..