Saturday, July 24, 2010

magic or illlusion

salam,
states of matter..... sn yr 5. seronok budak2 main masak2 agar mangga.. yg paling seronok cikgunya dapat makan!
sukanya diaorang tengok 'magic'. alahai memangla bagi anak2 yang d luar bandar.. tentunya dahagakan ilmu dan sedikit cetusan minat... mana tau ada yang berminat jd saintis...
walau apa2pun sumber inspirasi ku ini sentiasa mencipta kenangan yang pahit dan manis dalam hidup.. orang kata melentur buluh biar dari rebungnya.. nanti bila rebun dah besar patah pulak kalau kita nak lentur..
betapa hati ingin melihat mereka berjaya.. menjadi anak2 yang dapat meningkatkan taraf hidup ibu bapa mereka..
.ala.. nak upload byk2 gbr tak boleh pulah.. nanti sambung lagiii... salam jumpa lagi

Wednesday, July 14, 2010

cikgu yang aku sayang

Selamat Hari Guru Malaysia 2010



Salam,
masa sambutan hari guru tempoh hari rasa sebak pulak, sbb teringat masa kecik2 dulu.. cikgu yang paling aku sayang. ntah masih hidup lagi kat mana2 berada. cikgu pertama masa tadika kemas.. cikgu Nor namanya.. lemah lembut penuh dgn sifat keibuan. masa sekolah rendah cikgu peter yang kacak bergaya, cikgu madiah (mak kepada kawan adikku) tegas dan dedikasi, cikgu lain tu silih berganti.. cikgu jaafar n isterinya sama2 mengajar d sekolah sama. masa aku jd guru sandaran di situ .. masih lagi jumpa diaorang.. ada yg dah pencen. lucu jugak bila kerja bersama cikgu yg pernah mengajar kita dulu...


masa kali pertama PK1 cikgu mahli memanggil aku dgn gelaran cikgu.. rasa macam ngeri jer.. tapi bila aku dah jd cikgu tetap dan berpencen.. akau dah semakin serasi dengan ucapan itu. malah rasa janggal jika tidak mengucapkannya.

sempena sambutan hari guru di sekolah thn ni , aku melatih anak2 thn 2 berdikir barat versi slang iban. huhu mesti korang heran macam mana lagu kelantan bunyi bahasa iban..

nakplak ujan masa nyanyi tu.. memang la sumbang tapi bebudak tu seronok.. masa aku pasang selempang dan ikat kepala .. bagai nak rak seonoknye




aper2 pun.. tak sabar tunggu hjg tahun .. nak buat tarian cheecky dengan girls tu.. diaorang jeles sbb masa hari guru tak buat persembahan.. aku cakap masa ni boys yang buat. hjg thn nanti diaorang la pulak


acara makan2 paling meriah, taksempat ambik gbr makan sbb dah consentrate makan!
Acara paling seronok juga adalah menerima penghargaan dari anak2 tercinta.. malah budak yg selalu kena ceramah percuma la yang beri byk adiah . Terima kasih sayang..


Saturday, July 10, 2010

Hari ibu dan bapa





Hari ibu dah lama berlalu . Hari bapa pun dah lama berlalu.. nampaknya dah terlalu lama tak blogging ye.
Hari IBU di serian, kampung kelahiran saya.. disambut oleh makcik2 n pakcik2 yang meraikan nenek .

Buat sambutan makan sedap2. Panggang ayam, ikan terubuk, sotong, udang fuhhh .
ada buat kerabu pucuk ubi sedapnyeee.... kuih chang pun ada. bagi yang tak tau kuih chang tu makanan yang popular dikalangan org foochow. tapi ni kakak saya yang buat sendiri, Dia tu asal dah jadi mak buyung memang la suka buat kuih chang.

ni dia kuih chang.. pulut inti daging msk hitam dan cendawan dgn sambal sikit. dibungkus dlam daun buluh , ikat dan rebuskan.
Meriah sakan..

yang syoknya dapat makan free... yeaaaaaaa!

di sekolah pun menyambutkan hari ibu. tapi yang belum jd ibu tu tenggok je la. tumpang possing.
sedap2 belaka.. ishhhhh kena tahan iman ni .. nak turunkan berat badan yang tengah mencanak2 naiknya.

tapi hari bapa tak sempat balik.. hmmm.. tgk gbr ajelah.kat face book.

tapi dari mana asal usuh sambutan hari ibu dan hari bapa ye????
nih click kat google.. macam2 ada.... banyak jugak asal usulnye jenuh nak baca. di rumah memang jadi acara ketiga terpenting. 1st raya, 2nd bday , 3 hari ibu.. hmmm. dah memulakan tradisi kat rumah mentua ... bgi jer idea potong kek hr ibu. nasib sempat beli hari tu..