Tuesday, March 30, 2010

Fantasia Bulan Madu

Salam,
Dah lama tak blogging. .. cuti ke LANGKAWI buat kali ke 5. kali ini istimewa kerana bersama suami tercinta. .. Hari pertama disambut hujan lebat mencurah2 d KL. Transit kejap d LCCT. Banyaknya perubahan LCCT kali terak
hir masa pg langkawi bersama family 2003. Sesat2 je kat situ. nasib baik ada signboard, main redah je.

Friday, March 5, 2010

hari yang berlalu


salam

tempoh hari dok kalut cari rumah.. lupa nak kira bajet..
nampaknya thn 2011 br dpt cari lg sbb.... sape suruh byr keta pakai slip gaji.. ambik kau.
sebenarnya tak merancangpun nak beli rumah. .. konon2 dah abis bayar keta baru ambik rmh. Nak berdisiplin la sebenarnya. kalau semua dalam tangan alamat abis kena joli. Kalau beli kat kpg halaman tak la mahal sgt.. tp kat bandar ni tergaru2 gak kepala yg tak gatal memikirkannya. tak pa la bersabar je labu..

semalam rasa rojak buah kat prasek tapi lupa bw kamera.... eish potong stim betul la. pas tu jd penceramah ldp ict pulak. balik rumah dah kepenatan tahap cipan.

sebelumnya ari khamis masa ada story telling competition, makan sedap2
ada akak tu spon sbb br dpt keluar kwsp.. dengar2 dia dapat menceceh 50k.

menu ari tu...
nasi putih
sambal sotong
sambal cili hijau
kari ikan keli
ikan keli 'pansoh'
cencaluk
ayam masak kicap
ulam2an
sambal belacan

perh........... kalau ada gambar mesti meleleh air liur punya
bagi yang tak tahu pansoh tu apa.. masak dalam buluh la. bakar macam lemang tp isinya ikan/ayam dengan sayur2an.. yg plg penting ada bunga kantan/ tepus org swk panggil.

selain makan sedap2 pas tu jadi hakim story telling pulak.. ingat nak escape.. dah 3 minggu asyik jd mc. dah tak jd mc, jadi hakim lah.. ish ish ish.. terima je lah seadanya.

ekh2 sekarang dah ada kamera abang. dapat la ambik gambar sakan .. tak sabar ni minggu depan nak cuti.. seminggu cuti dari online fb , cuti blog, cuti exam paper. macam 2 ada..

apa2pun layan....................
wasalam