Monday, August 30, 2010

alhamdulillah


Alhamdulillah segala puji Allh Tuhan sekalian Alam yang mengurniakan rezeki keatas hambanya..
hari ini tertunailah sudah niat tahu lepas yakni menyampaikan sumbangan pakaian buat anak2 yang kurang berkemampuan. Terima kasih kak Nor sekeluarga yang menyampaikan pakaian buat mereka. Jasa mu tetap di kenang.

Tatkala menyampaikan dua pasang baju melayu kepada abang dan adik mualaf itu terasa sayu dan sebak.

Alangkah bahagia di wajah mereka menyarungkan pakaian untuk digunakan di hari lebaran nanti. Betapa terharu apabila terkenangkan nasib insan2 lain yang berhari raya dengan serba kekurangan. Makan minum pun sekadar mengalas perut. Belum lagi yang hanya menjamah air suam dan nasi serta telur goreng setiap hari.

kalau di rumah tu hari lebaran bukan 1, 2 tetapi lebih kurang sepuluh jenis kek pelbagai rasa dan corak. Apalagi lagi biskut, manisan dan segala jenis buah2an jeruk dlll. Tapi tahun ini perbelanjaan perlu dikawal. tiada kelengkapan rumah yang bertukar baru. hanya alas meja dan beberapa hidangan sahaja. itu pun jika keadaan mengizinkan
. Bagaimana pula persiapan menjelang di tempat anda??

Saturday, August 21, 2010

bulan kemerdekaan



Salam 1 Malaysia
bulan kemerdekaan di Malaysia disambut pada setiap bulan Ogos setiap thn. Walau bagaimanapun menurut laporan tv3 malam td keghairahan menyambut kemerdekaan berkurangan thn ini.

rasanya sbb ekonomi tak mengizinkan jd ramai yang save bajet sbb nak sambut raya.

di tempat kawe deh..
sambutan ambang kemerdekaan dilaksanakan dengan penuh ghairah
budak2 la yang paling exited sebab peluang menghias2 tu dpt panjat2, dapat nyanyi2. Belajar jangan dilupa..


ada upacara perasmian ....


para pengajar yang sibuk ala-ala jual belon




tak kurang yang tak peduli apa yg MC cakap sbb dah seronok terbayang-bayang dapat memiliki beloh helium itu... h e he he he


hah... terangkat la bendera tu!!!

Friday, August 20, 2010

salam ramadhan

salam.. lama betul menyepi

baru nak entry sempena ada kesempatan di bulan puasa ini..
bila puasa .. memang ingat raya ! itu yang selalu tergambar tak kira tua muda. tapi kalau tak puasa apa nak dirayakan kan?? jadi berbahagia lah orang2 yang berpuasa kerana menikmati erti kemenagan sebenar. bukan sahaja melawan hawa nafsu tetapi juga mendidik diri menjadi insan yang merendah diri dan penuh kasih sayang.

dah masuk 11 ramadhan baru sekali je ke bazar ramadhan tu pn sbb tak sempat nak masak. rasanya dalam bulan ni mana yang sempat masak, lebih baik masak untuk suami dan anak2. Air tangan sendiri itu lebih sedap kan??

alkisahnya pada 4 ramadhan yang lalu , akak berbuka dengan ni,.... layan jak lah


kerang masak kicap


tempe goreng dan tempoyak goreng



sup nanas

kuih bungkor kata org sibu, kalau masa kecik dulu tak tau nama panggil kuih beg je lah