Monday, December 5, 2011

Cuti sekolah 02


Cuti sekolah banyak yang berlaku. Antaranya majlis walimatulurus buat adinda tercinta 

Atika A dan pasangannya Johari
serta 
Arlida H dan pasangannya Abd Aziz.

Kedua pasangan disandingkan meriah pada 30 November  2011 bersamaan 1 Muharam 1433. Tahniah semoga berkekalan dan rukun damai menempuh alam perkahwinan.

Makan Nasi Temuan. Salah satu adat yang masih dikekalkan dalan upacara perkahwinan di Sarawak.

 Malam berlulut. Adat peragaan pengantin dilakukan sebelum hari persandingan.

Antara barangan hantaran

Thursday, September 1, 2011

Syawal datang lagi...


Bergambar dengan anak sedara yang kembar : NUHA dan HUDA..

Baru dapat dirapat. Kalau tidak jauh lah dari panggang apinya. Asyik nangis saja kalau jumpa kelibat..

Friday, June 10, 2011

diet II


masih lagi cerita tentang diet.. Ada orang terlebih berat badan. BMI tak unggul. Pakai baju mahal cam manapun tak menarik nampaknya. belum lagi obessiti, darah tinggi, kolestrol tinggi (betul ke??), sakit jantung, stroke dan bermacam2 lagi penyakit..

Ada yang terkurang berat badan. Aneroxia , bulemia dan ntak apalagi macam penyakit berkaitan dengan pemakanan. Kalau perempuan tak nampak shape body kan... kalau lelaki hai macam melayang2 je.

sbb entry kali ni nak cerita pasal diet. Diet kalau diikut sebutan kita2 ni ialah mengawal berat badan. Diet mengikut kamus wikipedia ialah secara nutrisi jumlah makanan yang diambil oleh manusia atau organisma. Diet juga dikaitkan sebagai pengambilan nutrisi atau pemakanan untuk tujuan kesihatan / pengurusan berat badan.

Berikut merupakan panduan diet dalam Info Sihat . bagi anda dan saya apalagi mari makan makanan yang lebih sihat..

Saturday, April 9, 2011

diet oh diet

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan


Assalammualaikum
Re-entry sekian lama. Banyak benar aktiviti harian yang membiarkan kita lupa bahawa nikmatnya kesihatan.

Bila sakit ,baru ingat betapa nikmatnya sihat. Bila dah naik berat badan, mulalah berfikir2 bilalah nak diet. Ehwah masa makan tak pulak ingat kesannya kat badan. Ni nak cuba Debella litchin : http://www.debellalitchin.com
Mudah-mudahan dapat kawal badan yang mencanak baiknye.

Beberapa hari yang lalu, badan pula panas-panas. Selera makan pun kurang. paling-paling pun minum air suam berbotol-botol. mau taknya turun 5kg dlm 4 hari je. dah sihat apa lagi naik balik sbb dah berhari-hari tak menjamah nasi.

ada yang kata diet karbohidrat bagus. tak payah makan nasi, roti, mee dan apa2 berunsur tepung 3o hari. yang lain boleh telan. lepas tu seminggu makan bubur nasi je. ada jugak try tapi sampai 2 minggu je. pastu hai meleleh tengok nasi lemak, roti canai dan paling menggoda pau BBQ mana tak patah iman.

ada yang cadang diet minyak. tak makan makanan yang ada minyak terutama bergoreng, tumis, kari (bersantan), dan butter. bayang kan tak makan KFC, sayur tumis, kari daging, sandwich telur ohhhh ni belum lagi lauk2 masak merah, rendang.. omakaih merana...

Ada lagi kawan kata makan sup sahaje. Masak ayam kukus, takpayah dengah cicah. Elakkan kicap, garam berlebihan, sos, mayonis. Ikan pun stim aje. takpayah goreng. Kena lebihkan sayur dan buah. Pulak ni takbest... dari kecik sampai skarang tak boleh makan tanpa kicap. Macam tak menarik rupanya tanpa kicap nasi tu.

Tahu je diet tu semua tapi nak amalkan tu la yang MALAS sangat.

Tapi apa2pun tunggu entry seterusnya........