Tuesday, May 29, 2012

teknik menolong

Pada 24 Mei yang lepas,akak telah menghadiri kursus anjuran Biro Wanita, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga di Hotel Primer, Sibu.
Sekadar hiasan

     Rupanya kursus tersebut memperkenalkan teknik menolong . Penolong bukanlah kaunseler bertauliah tetapi sebagai rakan pendengar. Ada teknik juga rupanya. Ingatkan hantam saja. Kursus tersebut telah banyak membuka mata akak untuk mengenali diri akak. Secara tak langsung, akak boleh menjadi rakan pendengar yang lebih baik, Isteri yang lebih sensitif dan peka keperluan suami , guru yang membantu anak didik dan rakan sekerja. Walaubagaimanapun akak terpaksa terbang ke Kuching kerana tiket sudah ditempah awal beberapa bulan yang lalu. Sayang juga.....

Walaupun kursus nampak santai, tetapi pengisiannya terlalu BERAT kerana banyak melibatkan minda dan emosi.

Menurut Zulkarnain A. Hatta, DSW, sebagai seorang penolong (mentor), dia dipandu oleh beberapa prinsip untuk menolong. Niat yang baik dan suci tidak cukup sekiranya kaedah yang tidak wajar digunakan. Sekiranya kaedah yang digunakan tidak betul, matlamat pertolongan mungkin tidak dapat diperolehi. Berikut merupakan beberapa prinsip yang penting yang harus dibiasakan oleh seseorang yang ingin memainkan peranan sebagai penolong:
  •  Penerimaan setiap bentuk manusia (acceptance)
  •  Manusia berhak kepada keunikan masing-masing (individuality)
  •  Manusia berhak menyuarakan perasaan dan pandangan masing-masing
  •  Bersikap tidak menghukum (nonjudgemental)
  •  Berobjektif
  •  Mengawal penglibatan emosi dalam perhubungan dengan mentee
  •  Manusia berhak menentukan penentuan diri masing-masing (self-determination)
  •  Memberi akses kepada sumber-sumber yang lain
  •  Menghormati kerahsiaan (confidentiality)
Yang akak faham, teknik menolong bukanlah memberikan cara mengatasi masalah tetapi lebih kepada memandu pengadu itu memahami masalahnya sendiri dengan Memfokus kepada membantu individu membuat perubahan; . Penolong membantu pengadu melihat sendiri potensi dan tindakannya dalam mengatasi permasalahhannya. Sekiranya masalah itu tidak dapat dikongsi , makan Penolong berhak merujuk orang/sumber yang lebih sesuai untuk menlong pengadu.
Akak pun harap, selepas ini akak akan lebih berupaya menolong diri sendiri seterusnya menolong orang lain.

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Ibu.. ibu... engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
Ibu.. ibu engkaulah ratu hariku

Ya lagu  iklan fernleaf ni memang tak pernah luput dari ingatan. Apatah lagi bila menjelangnya Sambutan Hari Ibu bulan Mei ini.

Mari kita selidik apakah sejarah sambutan Hari Ibu ni.
Menurut http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/ ada pelbagai sejarah Smbutan Hari Ibu. Ada yang meletakkan hukum sambutan hari ibu ini sebagai haram.

Bagi akak, tidak salah kita memperingati ibu kita selalu. Sekurang-kurangnya telefonlah seminggu sekali. Kalau dulu masa masih bujang dan masih belajar. telefon tu kalau perlu duit belanja. Tapi akak rasa, semenjak dah duduk berkeluarga dan berjauhan ni kepentingan berhubungan dengan keluarga lebih ketara. BUkan sekadar bertanya khabar. Adakalanya ibu bapa kita juga perlukan perhatian dan sokongan moral dari kita. Memang kehidupan kita sentiasa sibuk dengan berbagai-bagai tugas.

Bak kata pepatah " Seorang ibu dapat menjaga 9 anak , tetapi 9 anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu".

Teringat pula cerita suami yang ada seorang anak memohon bantuan kebajikan naik berang. Ini kerana permohonannya tidak diluluskan  kerana beliau bekerja gomen walaupun pendapatan tidak seberapa.

Pernahkan kita terfikir? Ibu bapa kita tidak pernah merungut sewaktu membesarkan kita. Sesuap nasi dikongsi bersama.Pernahkah kita bersyukur?  Bila kita sudah dewasa, menyara ibu bapa itu seperti satu bebanan. Apatah lagi nak hulur RM50 sebulan. Jangankan nak jenguk . Telefon pun jarang. Lagi-lagi nak balik kampung.



Sebab itu lah akak kalau ada kesempatan balik kampung, akak akan balik. Korbankan sedikit masa dan  wang untuk membahagiakan ibu bapa. Selagi hayat dikandung badan.

Untuk itu... semua ibu dan bapa.. Kami sayang pada mu!

Saturday, May 5, 2012

Kenangan di KOROBORI sibu 2012

Pada 1 Mei yang lalu , akak mengiringi 6 murid ke Korobori 2012 di YMCA Sibu. Murid jgn cakap. Exited sangat. Inilah kali pertama sekolah hantar murid ke Korobori. Dah lama tak join aktiviti pengakap. Kali terakhir masa Kabori 2003 di Sematan Baju pengakap pun takde. So tggu next meeting pakai baju seragam lengkap lah.

YMCA ni jauh jugak dari Bandar Sibu.Sesuai utk aktivti santai keluarga. Ada gazebo dan tpt menginap. Tapi masuk kat sini kena bayar la.
Aktiviti laungan agung
Melukis logo pengakap
Aktiviti Alam Sekitar

Possing depan tempat peninapan. TPK Longhouse
Pertandingan Ikatan