Saturday, April 9, 2011

diet oh diet

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan


Assalammualaikum
Re-entry sekian lama. Banyak benar aktiviti harian yang membiarkan kita lupa bahawa nikmatnya kesihatan.

Bila sakit ,baru ingat betapa nikmatnya sihat. Bila dah naik berat badan, mulalah berfikir2 bilalah nak diet. Ehwah masa makan tak pulak ingat kesannya kat badan. Ni nak cuba Debella litchin : http://www.debellalitchin.com
Mudah-mudahan dapat kawal badan yang mencanak baiknye.

Beberapa hari yang lalu, badan pula panas-panas. Selera makan pun kurang. paling-paling pun minum air suam berbotol-botol. mau taknya turun 5kg dlm 4 hari je. dah sihat apa lagi naik balik sbb dah berhari-hari tak menjamah nasi.

ada yang kata diet karbohidrat bagus. tak payah makan nasi, roti, mee dan apa2 berunsur tepung 3o hari. yang lain boleh telan. lepas tu seminggu makan bubur nasi je. ada jugak try tapi sampai 2 minggu je. pastu hai meleleh tengok nasi lemak, roti canai dan paling menggoda pau BBQ mana tak patah iman.

ada yang cadang diet minyak. tak makan makanan yang ada minyak terutama bergoreng, tumis, kari (bersantan), dan butter. bayang kan tak makan KFC, sayur tumis, kari daging, sandwich telur ohhhh ni belum lagi lauk2 masak merah, rendang.. omakaih merana...

Ada lagi kawan kata makan sup sahaje. Masak ayam kukus, takpayah dengah cicah. Elakkan kicap, garam berlebihan, sos, mayonis. Ikan pun stim aje. takpayah goreng. Kena lebihkan sayur dan buah. Pulak ni takbest... dari kecik sampai skarang tak boleh makan tanpa kicap. Macam tak menarik rupanya tanpa kicap nasi tu.

Tahu je diet tu semua tapi nak amalkan tu la yang MALAS sangat.

Tapi apa2pun tunggu entry seterusnya........