Monday, February 8, 2010

terima kasih

Terima kasih cikgu
kerana kau telah mendidikku dengan sempurna. Kini masanya aku membalas jasamu dengan menjadi sepertimu.

wah feeling betol dengan ayat2 tu. aku msh ingat lagi ms kat jb time ari guru je sedia bakul dgn beg plastik untuk bwk adiah balik. tu pun penuh boot keta dgn yg lain2 la. Biasalah yg popular tu dpt byk hadiah. .. jeling kwn2 depa punya hadiah lagilah banyak bertimbun2. Terima ksh byk2 la anak2.

Hadiah yg plg menusuk kalbu ialah masa practicum. ada budak thn 4 bagi sekotak lucky star . ambik je kesian penat2 dia buat semua tu. Rupa2nya dlm kotak tu ada surat. Bunyinya mcm ni

kepada cikgu ****
Terima kasih kerana mengajar kami sekelas selama ini.
Saya mintak maaf kerana selama ini saya tidak dengar cakap cikgu. Sekarang cikgu dah nak pergi, hati saya sangat sedih.
Tapi saya harap cikgu terima pemberian saya yang tak seberapa. Bersama ini saya sertakan RM1.80 yang saya kumpul untuk cikgu. Cikgu bellilah hadiah apa cikgu nak.
Ini saja yang saya mampu bagi.
Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment