Monday, August 30, 2010

alhamdulillah


Alhamdulillah segala puji Allh Tuhan sekalian Alam yang mengurniakan rezeki keatas hambanya..
hari ini tertunailah sudah niat tahu lepas yakni menyampaikan sumbangan pakaian buat anak2 yang kurang berkemampuan. Terima kasih kak Nor sekeluarga yang menyampaikan pakaian buat mereka. Jasa mu tetap di kenang.

Tatkala menyampaikan dua pasang baju melayu kepada abang dan adik mualaf itu terasa sayu dan sebak.

Alangkah bahagia di wajah mereka menyarungkan pakaian untuk digunakan di hari lebaran nanti. Betapa terharu apabila terkenangkan nasib insan2 lain yang berhari raya dengan serba kekurangan. Makan minum pun sekadar mengalas perut. Belum lagi yang hanya menjamah air suam dan nasi serta telur goreng setiap hari.

kalau di rumah tu hari lebaran bukan 1, 2 tetapi lebih kurang sepuluh jenis kek pelbagai rasa dan corak. Apalagi lagi biskut, manisan dan segala jenis buah2an jeruk dlll. Tapi tahun ini perbelanjaan perlu dikawal. tiada kelengkapan rumah yang bertukar baru. hanya alas meja dan beberapa hidangan sahaja. itu pun jika keadaan mengizinkan
. Bagaimana pula persiapan menjelang di tempat anda??

No comments:

Post a Comment