Saturday, April 28, 2012

Belajar daripada kanak-kanak.

 Sigmund Freud
Selalunya orang dewasa akan berkata " DIAM !" jika kanak-kanak bertanya sesuatu yang di luar jangkaan fikiran. Mungkin sebenarnya orang dewasa itu tidak mahu memberikan jawapan sebenar atau tidak tahu jawapan sebenar.

Contoh 1
KK: Ayah, kenapa ikan boleh bernafas dalam air?
DD:  Boleh jugak.
KK: Abis kenapa kita tak boleh bernafas dalam air?
DD: ???
KK: Kenapa ayah?
DD: Kau cari sendiri lah
KK : Alah ayah adik nak tahu.
DD : Diamlah !

Contoh 2

LL: Amir, kau tahu tak jawab soalan ni?
TT: Senang jer.
LL : cuba buat kalau boleh.
TT: Aku bukan tak tahu tapi kau kan pandai.
LL : Iyelah tu . Kerja rumah kau pun  awek kau yang buatkan??


Apakah sebenarnya yang berlaku dalam situasi ini?
Ada yang mengatakan manusia itu sememangnya ego. Apa itu sebenarnya ego?

Ego, Superego and Id Sigmund Freud)

Macam pernah dipelajarai di maktab dulu (sekarang dikenali sebagai IPG) tapi nak juga refresh balik.
inilah yang akak faham

Id
Merupakan naluri sejak manusia itu lahir contohnya lapar

Ego
Merupakan pelaksana naluri id manusia contohnya bila lapar akan bergerak untuk mencari kerja

Superego
Merupakan tahap mengendali id dan mengarahkan ego untuk mencapai tujuan moral atau pertimbangan yang wajar.  contohnya apabila lapar, id mendesak. Ego akan mendesak untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi Id. Superego akan menentukan samaada pekerjaan yang dicari adalah dari sumber halal atau haram.

Nak tahu lebih mendalam boleh baca blog ni ada beritahu tentang ID, EGO dan SUPEREGO
Tintaihsan http://tintaihsan.co.cc/psychodinamics-part-2/

Sebenarnya nak berkongsi kisah  dalam kehidupan seharian. Manusia ada macam-macam perangai. Ada yang memang suka meninggikan diri sebab status kehidupan sudah berubah. Ada yang hanya berpuas hati dengan kehidupan semasa tanpa meningkatkan tahap dan kemahiran diri. Ada yang bermotivasi tinggi tetapi mempunyai kekangan dalam kehidupan.

Kadang-kadang orang dewasa tidak perlu malu untuk belajar dari kanak-kanak. Superego orang dewasa menapis naluri kanak-kanakdan akan menyesuaikan dalam etika serta norma masyarakat. Kadang kala ungkapan kanak-kanak itu lebih tulus dan bermakna.

Orang dewasa adakalanya lupa pada kemurnian hari setelah banyak halangan dan pengalaman pahit telah dilalui dalam kehidupan.

Sayangi anak anda. .....

No comments:

Post a Comment