Tuesday, May 29, 2012

teknik menolong

Pada 24 Mei yang lepas,akak telah menghadiri kursus anjuran Biro Wanita, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga di Hotel Primer, Sibu.
Sekadar hiasan

     Rupanya kursus tersebut memperkenalkan teknik menolong . Penolong bukanlah kaunseler bertauliah tetapi sebagai rakan pendengar. Ada teknik juga rupanya. Ingatkan hantam saja. Kursus tersebut telah banyak membuka mata akak untuk mengenali diri akak. Secara tak langsung, akak boleh menjadi rakan pendengar yang lebih baik, Isteri yang lebih sensitif dan peka keperluan suami , guru yang membantu anak didik dan rakan sekerja. Walaubagaimanapun akak terpaksa terbang ke Kuching kerana tiket sudah ditempah awal beberapa bulan yang lalu. Sayang juga.....

Walaupun kursus nampak santai, tetapi pengisiannya terlalu BERAT kerana banyak melibatkan minda dan emosi.

Menurut Zulkarnain A. Hatta, DSW, sebagai seorang penolong (mentor), dia dipandu oleh beberapa prinsip untuk menolong. Niat yang baik dan suci tidak cukup sekiranya kaedah yang tidak wajar digunakan. Sekiranya kaedah yang digunakan tidak betul, matlamat pertolongan mungkin tidak dapat diperolehi. Berikut merupakan beberapa prinsip yang penting yang harus dibiasakan oleh seseorang yang ingin memainkan peranan sebagai penolong:
  •  Penerimaan setiap bentuk manusia (acceptance)
  •  Manusia berhak kepada keunikan masing-masing (individuality)
  •  Manusia berhak menyuarakan perasaan dan pandangan masing-masing
  •  Bersikap tidak menghukum (nonjudgemental)
  •  Berobjektif
  •  Mengawal penglibatan emosi dalam perhubungan dengan mentee
  •  Manusia berhak menentukan penentuan diri masing-masing (self-determination)
  •  Memberi akses kepada sumber-sumber yang lain
  •  Menghormati kerahsiaan (confidentiality)
Yang akak faham, teknik menolong bukanlah memberikan cara mengatasi masalah tetapi lebih kepada memandu pengadu itu memahami masalahnya sendiri dengan Memfokus kepada membantu individu membuat perubahan; . Penolong membantu pengadu melihat sendiri potensi dan tindakannya dalam mengatasi permasalahhannya. Sekiranya masalah itu tidak dapat dikongsi , makan Penolong berhak merujuk orang/sumber yang lebih sesuai untuk menlong pengadu.
Akak pun harap, selepas ini akak akan lebih berupaya menolong diri sendiri seterusnya menolong orang lain.

No comments:

Post a Comment